Friday, August 6, 2010

Pokok Upas (Pokok Ipoh)


Epu atau Pokok Upas (Antiaris Toxicarial) boleh didapati dengan banyaknya di sekitar Bandaraya Ipoh suatu ketika dahulu. Pengenalan Pokok Ipoh sebagai nama tempat boleh didapati dalam buku "Perak and the Malays" yang dikarang oleh J.F McNair pada tahun 1878. Pokok ini tergolong dalam spesis nettle dan boleh membesar sehingga beratus-ratus kaki tinggi. Orang Asli menggunakan getah daripada Pokok Ipoh ini untuk menghasilkan peluru beracun bagi sumpitan mereka. Pokok Ipoh boleh didapati di Borneo, Sumatera, India dan juga Filipina. Kini pokok ini boleh didapati di Taman Stesen Keretapi Ipoh dan juga di Taman D.R.

Tuesday, August 3, 2010

INTRO

Nama IPOH.myHometown dipilih kerana IPOH merupakan tanah tumpahnya darahku. Aku membesar di IPOH, bersekolah di IPOH & berkerja pun di IPOH. Seronoknya tinggal di IPOH ialah kerana ia merupakan sebuah bandar yang serba-serbi lengkap tetapi tidaklah berapa sibuk jika hendak dibandingkan dengan tempat-tempat lain seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor Baharu & Pulau Pinang. Tahap kesesakan lalulintas juga masih terkawal berbanding tempat-tempat yang disebutkan tadi. Sengaja aku memilih tajuk ini untuk dijadikan blog kerana seringkali orang akan bertanya kepadaku, "apa yang ada kat IPOH ye?". Jadi, aku harap IPOH.myHometown serba-sedikit dapat menjawab persoalanan tersebut. ;)